PETALING JAYA: Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat laporan polis terhadap pencerobohan laluan tertutup susulan kemalangan maut membabitkan sebuah kenderaan yang terjatuh gaung ketika melalui jalan ditutup akibat tanah runtuh di Hulu Terengganu, semalam. Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata, JKR mengambil tindakan segera di lokasi jalan runtuh membabitkan jajaran dari Kilometer (KM) 52 Jalan Kuala Jeneris hingga Aring (Bukit Kawah) bagi memastikan kejadian sama tidak berulang kerana ia membabitkan…










