Jenazah Bung Moktar dibawa ke kediaman di Luyang

Jenazah Bung Moktar dibawa ke kediaman di Luyang

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenazah Ketua UMNO Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dibawa keluar dari Hospital Gleneagles pada pukul 3.05 pagi tadi.

Jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu difahamkan akan dibawa ke kediamannya di Idang Residen, Luyang.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan Hospital Gleneagles yang dipenuhi pemimpin serta ahli parti yang hadir memberi penghormatan terakhir.

Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.46 pagi ketika menerima rawatan di hospital berkenaan. Perkara itu disahkan anak beliau, Naim Kurniawan Moktar, menerusi hantaran di Facebook.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi berhubung masalah kesihatan yang dialami Allahyarham, namun laporan media yang memetik kenyataan Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin memaklumkan Bung Moktar mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan paru-paru.

Terdahulu, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman melawat Allahyarham di hospital berkenaan pada kira-kira 11.30 malam.

Difahamkan, urusan pengurusan jenazah bermula dengan ziarah di kediamannya di Idang Residen, Luyang dari pukul 8 hingga 9.30 pagi ini diikuti mandi jenazah pada pukul 10 pagi di Masjid Bandaraya.

Solat jenazah dijangka diadakan selepas solat Jumaat di masjid sama sebelum pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Likas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN