Jawi diarah siasat kes lelaki berpakaian wanita

Jawi diarah siasat kes lelaki berpakaian wanita di majlis antarabangsa

ZULKIFLI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarahkan untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang lelaki tempatan yang berpakaian menyerupai wanita ketika menghadiri majlis bertaraf antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya memandang serius isu yang tular di media sosial melibat lelaki tempatan tersebut.

Katanya, perbuatan menyerupai wanita itu telah mengundang pelbagai reaksi negatif di kalangan masyarakat dan disifatkan sebagai mencabar sensitiviti agama serta norma budaya di negara ini.

“Dari perspektif Islam, perbuatan menyerupai jantina lain adalah bercanggah dengan syariat dan tidak wajar dinormalisasikan dalam masyarakat.

“Sehubungan dengan itu, saya telah mengarahkan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Jawi juga diminta untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menurunkan kandungan berkaitan di media sosial.

“Dalam masa yang sama, pendekatan dakwah dan pencegahan akan terus diperkukuh melalui khutbah, program keagamaan dan penyampaian di media sosial bagi meningkatkan kefahaman masyarakat serta memelihara keharmonian dan nilai budaya negara,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN