Janin dalam lori sampah: Polis minta saksi tampil beri maklumat

Janin dalam lori sampah: Polis minta saksi tampil beri maklumat

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis meminta kerjasama mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berkaitan  penemuan janin dalam sebuah lori sampah di kawasan Bukit Jalil di sini, Khamis lalu. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, buat masa ini tiada tangkapan dijalankan berkaitan kes terbabit. 

“Setakat ini, kita meminta orang ramai tampil menyalurkan maklumat. Jamin ini masih tidak dikenal pasti dan tiada subjek lagi dalam kes ini. 

“Kita juga sedang menyiasat dari mana punca beg (berisi janin) itu. Kita mohon mana-mana saksi diminta tampil menyalurkan maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Taman Angkat Amanita 2025, Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam Fasa 2 di sini, hari ini. 

Media semalam melaporkan janin yang dijumpai dalam dalam sebuah lori sampah di kawasan Bukit Jalil di sini dianggarkan berusia 25 minggu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan dilaporkan berkata, polis telah merekod keterangan empat individu.

“Keadaan tubuh badan janin semasa ditemui mempunyai kecederaan di bahagian perut, tengkorak kepala pecah dan tali pusat putus. Penemuan itu disedari pekerja syarikat pengurusan alam sekitar,” katanya.

Sebelum itu, media melaporkan pihak polis menerima laporan kes itu pada pada pukul 12.51 tengah hari, Khamis lalu.

Janin yang ditemukan itu ialah bayi lelaki berukuran panjang 35 sentimeter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×