Jangan sibuk hal rumah tangga orang lain - Mimi Lana - Utusan Malaysia

Jangan sibuk hal rumah tangga orang lain – Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Mimi Lana, 30, menjelaskan perkongsiannya di platform Threads, semalam tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Malah, tegas pemilik nama sebenar Mimi Roziana Zainal Abidin, kenyataan yang dikongsikan itu sekadar peringatan untuk diri sendiri.

“Hantaran ini merujuk kepada diri saya sendiri dan tak ada kena mengena dengan sesiapa.

“Jadi perempuan harus selalu refleksi diri, jangan sibuk hal rumah tangga orang lain, jaga rumah tangga sendiri,” tulisnya di Threads.

Semalam, pelakon drama First Wives itu mencuri perhatian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di platform berkenaan.

“Karena kau perempuan, tidak cantik tidak apa-apa, asal jangan sampai miskin cara berfikir dan etika,” kongsinya.

Isteri pelakon Syafiq Kyle itu dalam masa yang sama mengajak peminatnya agar mendoakan pihak yang ditimpa musibah.

“Dan semoga doa yang baik itu berpatah balik kepada kita. Sebab kita tak tahu bahagian kita nanti macam mana. Make peace no war,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN