‘Ini bukan Cardi B, tapi Cardijah B’

‘Ini bukan Cardi B, tapi Cardijah B’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Penyanyi sensasi antarabangsa, Cardi B, mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan imej berjubah dan bertudung sepanjang keberadaannya di Arab Saudi baru-baru ini.

Kehadiran penyanyi lagu I Like It itu ke negara berkenaan adalah bagi menjayakan persembahan sempena Festival Soundstorm 2025, selain berkongsi rutin hariannya termasuk bersenam dalam persalinan yang menutup aurat.

Sebelum itu, Cardi B turut memuat naik beberapa foto mengenakan pakaian longgar serta menutup kepala di media sosial dengan kapsyen bersahaja dan mencuit hati.

“Hello Arab Saudi, Halal B sudah tiba,” tulisnya.

Lebih mencuri perhatian, penyanyi kelahiran Amerika Syarikat itu turut memberi salam din ruangan kapsyen sekali gus mengundang reaksi positif peminat di seluruh dunia.

“Assalamualaikum, masya-Allah,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat perubahan imej Cardi B yang disifatkan menghormati budaya serta batas masyarakat setempat.

“Hebat, semoga istiqamah,” tulis seorang pengguna.

“Ini bukan Cardi B, ini Cardijah B,” komen seorang peminat lain.

“Sumpah tengok Cardi B berjubah dan bertudung bukan perkara yang aku jangka akan lihat tahun ini,” kata seorang netizen. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN