Imbasan 2025: Tragedi paip gas di Putra Heights

Imbasan 2025: Tragedi paip gas di Putra Heights

SALURAN paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya meletup dan mencederakan lebih 300 mangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRAGEDI PAIP GAS DI PUTRA HEIGHTS

1 April 2025

Saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya meletup dan mencederakan lebih 300 mangsa mengakibatkan kerosakan serius kediaman, kenderaan dan kemudahan awam dengan anggaran kerugian mencecah ratusan juta ringgi. Kebakaran bermula pada waktu pagi itu berlaku pada hari kedua Hari Raya Aidilfitri dan menghasilkan api sepanjang kira-kira 500 meter yang boleh dilihat dari jarak yang jauh.

NAJIB DIBENAR RAYU TITAH ADENDUM

7 Januari

NAJIB RAZAK

Mahkamah Rayuan memberikan kebenaran kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membuktikan kewujudan suatu Titah Adendum yang dikatakan membenarkan beliau menjalani baki tempoh penjara bawah tahanan rumah. Dalam keputusan 2-1, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril menyokong keputusan itu, manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel tiga hakim prosiding menentang penghakiman terbabit.

5.2 JUTA MURID TERIMA BAP

13 JANUARI

LEBIH 5.2 juta mu­rid Tahun 1 hing­ga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seca­ra berperingkat.

Lebih 5.2 juta mu­rid Tahun 1 hing­ga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seca­ra berperingkat.

PENDIDIKAN MENENGAH WAJIB

14 Januari

Kerajaan akan mewajibkan pendidikan menengah bagi mengangkat dasar dan meningkatkan kualiti pendidikan negara. Satu Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan dibentangkan di Parlimen.

700,000 TERIMA BANTUAN SARA

15 Januari

Kerajaan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar serta diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

MAKMAL SINDIKET DADAH TERBESAR TUMPAS

20 JANUARI

Polis merampas sebanyak 832.9 kilogram dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM118 juta selepas menyerbu makmal haram terbesar di Pusat Dagangan Alam Jaya, Puncak Alam.

KEMATIAN TEOH BENG HOCK DISIASAT SEMULA

5 FEBRUARI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengguna pakai teknologi pengimbas tiga dimensi (3D) bagi membina semula lokasi kejadian membantu siasatan semula kes kematian Teoh Beng Hock.

TAMAT TUGAS DUTA BESAR KE AS

8 FEBRUARI

Bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tamat kontrak sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) selepas dua tahun berkhidmat di Washington DC.

PERHIMPUNAN AMAN TIDAK PERLU KEBENARAN

13 FEBRUARI

Kerajaan bersetuju meminda Akta Perhimpunan Aman 2012, termasuk menghapuskan Seksyen 11 yang mewajibkan penganjur perhimpunan mendapatkan kebenaran pemilik premis sebelum mengadakan perhimpunan aman.

PENCARIAN SEMULA MH370

26 FEBRUARI

Pencarian semula bagi pesawat Malaysia Airlines MH370 dilanjutkan bersama firma eksplorasi luar, Ocean Infinity dengan pencarian merangkumi kawasan laut seluas 15,000 km di Lautan Hindi selatan dan dilakukan dengan dasar no-find, no-fee.

6 PELAJAR UPNM TERLEPAS HUKUMAN GANTUNG

28 FEBRUARI

Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, lapan tahun lalu dan menggantikannya dengan hukuman penjara 18 tahun selepas membenarkan rayuan akhir.

BERAS PUTIH TEMPATAN DIEDAR

1 MAC

Beras putih tempatan bersubsidi (BPT) diedarkan di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan sasaran golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar, menawarkan harga RM26 sekampit (10kg).

ISMAIL SABRI DISIASAT

3 MAC

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menunjukkan barang rampasan selepas sidang akhbar khas berhubung kes bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menunjukkan barang rampasan selepas sidang akhbar khas berhubung kes bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Antara disita ialah wang tunai RM170 juga dan jongkong emas.

PAK LAH MENINGGAL DUNIA

14 April

ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

Perdana Menteri ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami masalah pernafasan dan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN