REMAJA PEREMPUAN MAUT DITIKAM DI SEKOLAH
14 OKTOBER
Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam pelajar lelaki 14 tahun dalam kejadian di kawasan tandas perempuan di Sekolah Menengah Bandar Utama, Damansara.
RIBUT TERBURUK DI SELANGOR
17 OKTOBER

Sesi persekolahan bagi sekurang-kurangnya 4,000 pelajar di lima buah sekolah dekat Sijangkang serta Kampung Medan, Telok Panglima Garang terjejas akibat ribut dan puting beliung yang disifatkan paling buruk pernah berlaku.
ISU TARIF: MALAYSIA-AS TANDATANGANI ART
26 OKTOBER
Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat(AS) dimeterai semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke‑47 di Kuala Lumpur.
KERAJAAN, PDRM DIARAH BAYAR LEBIH RM31J KEPADA WARIS PASTOR KOH
5 NOVEMBER
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membayar pampasan melebihi RM31 juta kepada waris Pastor Raymond Koh berhubung dakwaan penglibatan kerajaan dalam kes penculikannya, lapan tahun lalu.
SABAH TUNTUT 40 PERATUS HASIL
11 NOVEMBER
Kerajaan Persekutuan tidak akan membuat rayuan terhadap Pemberian Khas Negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam Permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society.
BAWAH 16 TAHUN DILARANG MILIKI AKAUN MEDIA SOSIAL
23 NOVEMBER
Kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah tidak lagi dibenarkan memiliki akaun media sosial sendiri apabila larangan berkenaan dikuatkuasakan mulai 2026.
BANJIR PANTAI TIMUR
25 NOVEMBER
Monsun Timur Laut yang bermula pada November 2025 serta fenomena Ribut Tropika Senyar mencetuskan kejadian banjir di beberapa negeri khususnya di Pantai Timur Semenanjung, Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, selain menjejaskan kawasan sekitar ibu negara.
SHAMSUL ISKANDAR LETAK JAWATAN
25 NOVEMBER
Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa 25 November.
HAJIJI NOOR KETUA MENTERI SABAH
30 NOVEMBER

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah untuk penggal kedua.
SHAMSUL ISKANDAR DIDAKWA RASUAH
4 DISEMBER
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd. Akin didakwa atas empat pertuduhan menerima rasuah berupa wang tunai, perabot dan barangan elektrik berjumlah RM176,829.03 dan menerima suapan berjumlah RM69,924. Turut didakwa ahli perniagaan yang dikatakan memberi rasuah tersebut, Tei Jiann Cheing atau lebih dikenali sebagai Albert Tei.
BUNG MOKTAR RADIN MENINGGAL DUNIA
5 Disember

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia. Allahyarham juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag.
MALAYSIA MENANG SEPENUHNYA KES TUNTUTAN SULU
6 Disember
Mahkamah Agung Belanda menamatkan tuntutan Kumpulan Sulu yang tidak sah terhadap Malaysia dan menolak sepenuhnya rayuan difailkan oleh mereka.
NAJIB KEKAL DI PENJARA KAJANG
22 DISEMBER
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menghabiskan hukuman penjaranya atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. di Penjara Kajang dan bukannya di rumah selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching memutuskan Titah Adendum tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.
THAILAND, KEMBOJA RUNDING SEMULA
22 Disember
Rundingan untuk mencapai perdamaian antara Kemboja dan Thailand disambung semula di Kuala Lumpur melalui Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN.
MOHD. SHUKRI LETAK JAWATAN MB PERLIS
25 Disember
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd. Shukri Ramli meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis.
NAJIB BERSALAH KES SELEWENG DANA 1MDB
26 DISEMBER
Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas 25 pertuduhan berkait penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion. Beliau dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion dan diperintahkan berjalan berasingan dengan hukuman penjara yang dijalani ketika ini. Gagal bayar denda, hukuman penjara boleh ditambah lagi 40 tahun. – UTUSAN









