JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya yang juga murid autisme didakwa dihalang daripada hadir ke sekolah tanpa alasan munasabah sejak lebih dua minggu lalu. Elinoisna Abu, 47, mendakwa anaknya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid cemerlang yang pernah menerima Anugerah Olahragawati dan Atlet Terbaik Sekolah 2025 dalam acara lumba lari serta lompat jauh selain mewakili sekolah ke peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) selama dua…










