KANGAR: Kerajaan harus menumpukan pembaikan sistem pengairan rosak dan usang termasuk di luar kawasan luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi menangani kesan corak iklim dan monsun terhadap kawasan sawah. Banjir yang melanda Perlis dan Kedah baru-baru ini menenggelamkan 14,785.56 hektar sawah dan menjejaskan 9,286 pesawah dengan anggaran kerugian mencecah RM41 juta. Sebahagian besar tanaman terjejas berusia kira-kira sebulan dan menyebabkan pesawah terbabit bimbang akan hasil untuk musim ini.…










