Amaran hujan lebat di Pahang hingga esok

Amaran hujan lebat di Pahang hingga esok

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang berkuat kuasa sehingga esok melibatkan beberapa daerah di sebelah Pantai Timur dan Selatan Semenanjung.

Met Malaysia berkata, kawasan yang terlibat pada tahap bahaya ialah Pahang di Kuantan, Pekan dan Rompin yang berisiko tinggi mengalami kejadian banjir serta limpahan air sungai jika hujan berterusan berlaku dalam tempoh tersebut.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan melibatkan daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu, Jerantut, Maran dan Bera di Pahang, serta Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor yang dijangka sehingga esok.

Met Malaysia turut mengeluarkan amaran tahap waspada meliputi kawasan yang lebih luas termasuk Kelantan, kebanyakan daerah di Terengganu, beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta beberapa daerah lain di Johor.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta bersedia menghadapi kemungkinan banjir dan cuaca buruk sepanjang tempoh amaran ini.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan, manakala sebarang pertanyaan boleh dibuat menerusi talian hotline 1-300-22-1638,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN