PETALING JAYA: Semua pihak diminta bertenang dan menangani perkembangan politik di Perlis dengan kematangan demi memastikan kestabilan negeri itu terus terpelihara. Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sebarang keputusan dan pendirian politik harus berpaksikan kepentingan rakyat dan negeri, selain mengambil kira keperluan kestabilan jangka panjang. Katanya, rakyat menaruh keyakinan penuh bahawa Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail akan menggunakan kebijaksanaan serta kuasa prerogatif baginda…










