Graduan OKU cekal raih sarjana pendidikan UIAM

Graduan OKU cekal raih sarjana pendidikan UIAM

Nurina Mohd Suhuli (depan), graduan Sarjana Pendidikan dalam Bimbingan dan Kaunseling daripada Kulliyyah Pendidikan (KOED), UIAM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Di sebalik kekangan fizikal dan cabaran emosi, graduan Nurina Mohd Suhuli, 31, akhirnya menggenggam Sarjana Pendidikan dalam

Bimbingan dan Kaunseling dari Kulliyyah Pendidikan (KOED), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sekaligus menjadi simbol ketabahan dan kekuatan diri yang luar biasa.

Dilahirkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) kategori fizikal dan bergantung kepada kaki palsu sejak kecil, perjalanan akademik Nurina tidak pernah mudah. Namun apa yang paling menguji bukanlah keterbatasan fizikal semata-mata, tetapi pergelutan emosi yang datang apabila melihat kekurangan diri dan berbanding dengan rakan-rakan lain.

“Cabaran terbesar sepanjang pengajian adalah apabila saya berhadapan dengan emosi sendiri, dengan melihat kekurangan diri, merasa kurang keyakinan dan kadang-kadang rasa tidak setanding seperti orang lain,” katanya ketika ditemui selepas sidang tiga, Majlis Konvokesyen

UIAM ke-41 yang berlangsung di UIAM Gombak baru-baru ini..

Sepanjang pengajiannya, rakan-rakan sekuliah serta pensyarah turut sama membantu dan memberikan sokongan serta semangat.

Anak jati Gombak itu merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik. Ibunya, Zanariah Ahmad, merupakan seorang pesara, manakala ayahnya, Mohd Suhuli Hasan, juga seorang pesara polis dan telah meninggal dunia pada 2022.

Tambah Nurina, sokongan keluarga, terutama ibunya dan adik beradik antara kekuatan utama yang mengiringi setiap langkah perjuangannya.

“Saya percaya bahawa setiap manusia diberikan ujian yang berbeza-beza. Setiap orang ada cabarannya sendiri, dan inilah ujian hidup saya. Allah tidak menjadikan saya atau sesiapa pun tanpa tujuan, tiada yang sia-sia. Oleh itu, saya merasa perlu untuk bangkit. Walaupun ujian ini sukar untuk saya, saya menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus maju.”ujarnya.

Kejayaan Nurina hari ini bukan sekadar sebuah pencapaian akademik, tetapi kisah inspirasi tentang keberanian menghadapi realiti hidup, ketabahan mengurus emosi dan keupayaan bangkit untuk membuktikan bahawa kekurangan tidak pernah menjadi halangan untuk mencapai impian.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa pendidikan mampu memartabatkan setiap individu tanpa mengira kondisi fizikal dan saya harap kejayaan ini boleh memberikan inspirasi kepada OKU yang kita turut boleh berjaya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN