SEOUL: Sekumpulan peminat anggota kumpulan sensasi BTS, Jungkook, mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat agensi bakat mereka, Hybe, menggunakan trak susulan spekulasi hubungan cintanya dengan ahli kumpulan Aespa, Winter, yang tular sejak Jumaat lalu.
Trak tersebut memaparkan mesej amarah selain menuduh Jungkook telah menjejaskan imej kumpulan BTS kesayangan ramai itu.
Sejak berita tersebar, ramai yang mengaitkan Jungkook mempunyai tatu dengan gambar anjing yang sama dengan Winter. Oleh itu, semasa protes berlangsung, terdapat paparan LED tulisan ‘pada tatu itu dan undur diri daripada aktiviti BTS’
Selain itu turut kelihatan mesej nada kecewa daripada kelab peminat BTS iaitu Army dengan mesej ‘ARMY menunggu kamu sepanjang tempoh latihan ketenteraan, ini balasan yang kami dapat?’.
Protes tercetus apabila beberapa keping gambar tersebar memaparkan seolah-olah Jungkook dan Winter mempunyai hubungan istimewa bedasarkan bentuk tatu yang sama di bahagian lengan artis tersebut, aksesori sama dan kemunculan Jungkook di konsert Aespa.
Sehingga kini, baik Hybe masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.
Keputusan untuk berdiam diri itu bagaimanapun menimbulkan reaksi bercampur daripada peminat.
Ramai mengecam tindakan protes tersebut sebagai keterlaluan dan mencampuri kehidupan peribadi artis, namun ada juga yang menyuarakan bahawa sikap berdiam diri kedua-dua agensi hanya mengeruhkan keadaan dan mencetuskan perpecahan dalam kalangan peminat. -UTUSAN










