PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjadi pemimpin keempat Bersatu meletakkan jawatan dalam Perikatan Nasional (PN).
Beliau yang juga Naib Presiden Bersatu memaklumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN bermula 1 Januari ini.
“Mengambil maklum keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN Perak serta menghormati bahawa kuasa pelantikan adalah prerogative Pengerusi, dengan ini saya memaklumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Negeri Perak berkuat kuasa 1 Januari 2026.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinna serta hli-ahli komponen PN Negeri Perak atas Kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah dberikan sepanjang menggalas amanah ini.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN bermula 1 Januari ini.
Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang telah memberikan sepenuh sokongan kepada beliau selama memimpin gabungan itu sejak penubuhannya lima tahun lalu.
“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua barisan kepimpinan PN dan parti-parti anggotanya,” katanya.
Tindakan Muhyiddin itu disusuli oleh peletakan jawatan Pengerusi PN Johor, Datuk Dr. Saharudin Jamal dan Datuk Seri Azmin Ali selaku Setiausaha Agung PN dan Pengerusi PN Selangor.- UTUSAN










