PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan pereka grafik dan aktivis kontroversi, Fahmi Reza berhubung hantaran di media sosial mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.
Peguam Rajsurian Pillai berkata, Bukit Aman memanggil Fahmi untuk merakam keterangannya pagi tadi bagi siasatan bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Telefonnya dirampas. Kami cuba dapatkan jaminan untuknya,” katanya.
Sebelum ini, lebih 50 laporan polis dibuat terhadap Fahmi atas dakwaan menghina TMJ termasuk lebih 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).-UTUSAN










