Empat sekolah di Terengganu terjejas banjir masih ditutup

Banjir: Empat sekolah di Terengganu masih ditutup

KAMSAH@KAMAL Mohamed (tengah) bersama guru membersihkan kawasan sekolah yang terjejas banjir pada Program Pembersihan Sekolah Pasca Banjir di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh, Kuala Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak empat buat sekolah di negeri ini melibatkan  2,479 murid masih ditutup susulan banjir yang melanda pada 22 November lalu..

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri,  Kamsah @ Kamal Mohamed berkata, dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kepong dan SK Kampung Bukit, Cendering  ditutup kerana dinaiki air manakala SK Atas Tol, Kuala Terengganu dan SK Paya Resak, Marang pula dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, murid yang terilibat di empat sekolah berkenaan menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Ahad lepas.

“SK Kepong dan SK Kampung Bukit ditutup kerana air masih bertakung di beberapa kawasan. Jadi, kami harapkan dengan cuaca yang cerah dan panas dalam tempoh dua tiga hari ini, keadaan  kembali baik,” katanya selepas program pembersihan sekolah pascabanjir di SK Kedai Buloh di sini,  hari ini.

Kamsah berkata, secara keseluruhan sebanyak 16 sekolah ditutup kerana dinaiki air manakala 48 lagi beroperasi sebagai PPS untuk menampung mangsa banjir gelombang pertama pada tahun ini.

Beliau berkata, banjir kali ini agak luar biasa kerana sekolah yang tidak pernah dinaiki air turut ditenggelami banjir.

Justeru, beliau berkata, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga bagi menangani situasi luar jangka demi keselamatan pelajar dan warga sekolah.

“Umpamanya SK Padang Mengkuang sebelum ini tidak pernah dinaiki air malah kami juga terpaksa membuka SK Paya Resak dan SK Tasek untuk dijadikan PPS kerana kawasan Bukit Payung dilanda banjir agak luar biasa.

“Kami juga telah siap siaga dan bersedia dengan Op Payung sebagai persediaan untuk pembukaan sesi persekolahan tahun depan yang akan bermula lebih awal, iaitu pada 12 Januari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN