SUNGAI PETANI: Eupe Corp. Berhad (Eupe) melebarkan sayap perniagaannya melalui pembangunan pusat komersial Edgewater di daerah ini dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion. Terletak di atas tanah seluas 51.8 hektar di utara Sungai Petani, pembangunan Edgewater berkonsepkan teras ‘Revitalisasi Kehidupan’ yang bertujuan untuk mengintegrasikan tiga elemen iaitu komuniti, perdagangan dan persekitaran semula jadi. Keseluruhan pembangunan merangkumi 700 unit kediaman moden, kedai komersial, ruang rekreasi dan hab biodiversiti khusus…










