IPOH: Durian bukit di kampung Orang Asli di Pos Atap, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, mendapat sambutan luar biasa apabila mampu dijual sehingga 300 kilogram sehari semasa musim cuti sekolah. Seorang remaja perempuan Orang Asli yang hanya mahu dikenali sebagai Rohadiniwatie, 14, berkata, durian bukit di kawasan kampungnya mula luruh sejak minggu lalu dan jumlahnya semakin bertambah sehingga menarik ramai pelanggan singgah di pondok jualan tepi jalan. Menurutnya, pelanggan…










