Dulu gaya maskulin, sekarang ala feminin - Utusan Malaysia

Dulu gaya maskulin, sekarang ala feminin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sudah lama juga Cik Bunga perhatikan gelagat seorang selebriti tanah air ini. Terutama daripada segi penampilannya.

Seingat Cik Bunga, dulu imejnya maskulin dan kemas, tetapi kini tampil dengan gaya yang agak, ‘lembut’ sikit.

Bukanlah kata dia terus pakai pakaian perempuan, itu sudah kira menyerupai wanita sangat.

Tetapi Cik Bunga perhatikan, dia sudah mula gemar pakai rantai leher macam perempuan, aksesori berkilat dan seangkatan dengan itulah. Tidak dilupa, bedak di wajah pun makin putih gebu kelihatan.

Cik Bunga hendak huraikan pun jadi tidak pandai sebab nanti ada yang kata, alahai, di Korea pun ramai sahaja artis lelaki bergaya seperti itu.

Nanti ada juga yang kata “Eh, fesyen artis kan sentiasa berubah’, ikuti perkembangan semasa katanya. Masalahnya, fesyen pun kita boleh pilih bukan?

Kalau nampak macam perempuan atau ke arah itu, tidak perlulah pakai. Kita pun bukan di Korea. Kalau wajah pun biasa-biasa, lahir pun di sini, tidak perlulah mahu beria-ia jadi macam orang ‘Korea’. Nampak bezanya itu.

Rasanya bukan Cik Bunga seorang sahaja yang perasan, ada saja kalangan warganet yang nampak perubahan selebriti ini. Sudah-sudahlah, tanggal lah rantai itu, sebelum orang cop awak ‘bapuk’.

Memanglah bukan rantai emas, tetapi sebenarnya buruk pun awak pakai. Entah siapalah tukang penasihat awak di tepi yang menggalakkan awak bergaya begitu agaknya.

Cik Bunga nasihatkan, tukar semula imej. Lagi pula sudah hendak masuk tahun baharu, mungkin dapat cari imej yang lebih okey dan sesuai dengan diri awak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN