Dua rentung: Polis klasifikasikan kes sebagai mati mengejut

Dua rentung: Polis klasifikasikan kes sebagai mati mengejut

BEBERAPA anggota bomba dilihat sedang memeriksa lokasi kejadian kebakaran di Taman Rathna, Butterworth, Pulau Pinang yang mengorbankan dua nyawa iaitu seorang wanita dan anak angkatnya, pagi semalam.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Polis mengklasifikasikan kematian seorang wanita dan anak angkatnya dalam satu kebakaran di Taman Rathna di sini, pagi semalam sebagai mati mengejut (SDR) buat masa ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya membuat klasifikasi itu sementara menunggu laporan bedah siasat serta laporan forensik daripada pihak bomba.

Katanya, kedua-dua mayat yang dijumpai dalam keadaan rentung itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas (HKB) untuk dibedah siasat pagi tadi dan pasukan forensik bomba juga telah mengambil beberapa sampel di tempat kejadian untuk tujuan analisis.

“Kami turut menerima bantuan daripada pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang turun padang untuk menyiasat lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat awam serta rakaman CCTV (kamera litar tertutup) yang diperoleh di kawasan berhampiran, terdapat kepulan asap dan api yang merebak dengan cepat sehingga membakar sebahagian sktruktur rumah,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi Ketua Polis Balai Telok Ayer Tawar, Sarjan Mejar Mohamad Zain Hasim di talian 04-576 2222 sambungan 2275 atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian pukul 9.41 pagi semalam, mangsa, Hayani Yaakob, 50-an dan anak angkatnya yang dikenali sebagai Andra, lima tahun dijumpai dalam keadaan rentung di bahagian ruang tamu berhampiran pintu keluar utama rumah terbabit.

Sementara itu, anak kepada Hayani iaitu Daniel Quyum Kamarozlan, 20-an yang ditemui di bahagian dapur rumah tersebut pula cedera akibat dihempap bumbung yang runtuh dalam kebakaran berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN