BUTTERWORTH : Seorang saksi kejadian kebakaran yang mengorbankan dua nyawa di sebuah rumah di Taman Rathna di sini pagi tadi mendakwa terdengar mangsa menjerit meminta tolong. S. Suppamal, 52, berkata, ketika kejadian, dia kebetulan berada tidak jauh dari situ selepas pulang daripada bersembahyang dan berjumpa dengan rakannya. “Kami cuba tolong mangsa, tapi tak boleh sebab rumah itu berkunci. Saya dan kawan juga ada pusing belakang rumah untuk lihat kalau-kalau ada…










