SUNGAI PETANI: Dua remaja lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar sebuah kolej vokasional di sini, bulan lalu. Kedua-dua tertuduh berusia 16 dan 17 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri yang bersidang di Mahkamah Kanak-Kanak, hari ini. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama mendatangkan kecederaan ke atas pelajar lelaki berusia 17 tahun di asrama sebuah kolej vokasional di daerah Kuala…










