JOHOR BAHRU: Dua pekerja kontraktor maut dan tiga yang lain cedera selepas sebuah kren yang sedang mengangkat arang batu runtuh di Loji Janakuasa Tanjung Bin, berhampiran Kukup, Pontian, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, kemalangan berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi dan kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan kira-kira pukul 3 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan…










