BALING: Dua lelaki maut setelah kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Baru Kulim/Baling/Gerik berhampiran Kampung Sadek di sini malam semalam. Dalam kejadian pukul 9.45 malam itu, mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Mustaqim Muhd. Termizi, 19, yang merupakan pemandu serta Aminujad Amin Zuha, 19. Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, pemandu kenderaan terbabit mati di tempat kejadian manakala penumpangnya meninggal…










