‘Doakan saya meneruskan tulisan Jawi’ - Cikgu Lorenica

‘Doakan saya agar dapat meneruskan usaha melestarikan tulisan Jawi’

Pegawai Pendidikan Daerah Beluran Dr.Nancy Ng Yut Kuan menyampaikan Anugerah Guru Inspirasi Jawi Lintas Budaya kepada Lorenica Frenila Masundim (kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Saya rasa terharu dan bersyukur atas penghargaan, pengiktirafan dan sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak, namun dalam masa yang sama, saya sedar tanggungjawab yang diamanahkan sudah semakin berat.

“Saya memohon doa daripada semua agar dapat meneruskan usaha melestarikan tulisan Jawi pada tahun mendatang sehingga generasi ini celik baca Jawi. Saya tahu ini bukan kerja mudah, namun yakin dengan semangat perpaduan yang dibawa melalui pembelajaran tulisan Jawi, kita pasti mampu melakukannya,”

Itu kata-kata Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang K9, Beluran Sabah, Lorenica Frenila Masundim yang baru-baru ini menerima penghargaan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran. Majlis penghargaan tersebut diadakan sempena minggu terakhir persekolahan, kepada guru-guru sekolah daerah berkenaan.

Penghargaan tersebut sebagai pengiktirafan dan komitmen Lorenica Frenila yang menunjukkan komitmen dalam melestarikan tulisan Jawi bukan sahaja di sekolahnya malah di seluruh negara.

 

 

Penganugerahan pertama diadakan pada 12 Disember lalu daripada Unit Pendidikan Islam Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Beluran dengan kerjasama Sekretariat Pertubuhan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS) Cawangan Beluran.

Lorenica Frenila diberikan Anugerah Guru Inspirasi Jawi Lintas Budaya sempena Anugerah Imtiyaz Murabbi 2025.

Penganugerahan kedua pula berlangsung pada 15 Disember lalu menerusi majlis Anugerah Kebersamaan Reformasi Organisasi Yang Optimistik (KROYOk) Sektor Pembelajaran PPD Beluran 2025. Kedua-dua anugerah tersebut menunjukkan bahawa PPD Beluran komited menyokong usaha memartabatkan tulisan Jawi dalam pendidikan sebagai satu warisan budaya negara yang perlu dipertahankan kewujudannya.

Komitmen Lorenica Frenila dalam mengajar tulisan Jawi membolehkannya menerima pelbagai penghargaan daripada pelbagai pihak termasuklah antaranya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selain PPD Beluran tersebut.

Kedua-dua anugerah tersebut merupakan yang ke-10 baginya. Beliau juga telah membangunkan aplikasi khas membantu dalam pembacaan tulisan Jawi kepada mereka yang berminat. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN