Diserang buaya: Zarith tetap teruskan majlis perkahwinan

Diserang buaya: Zarith tetap teruskan majlis perkahwinan

Mashanani Hasan Nurkaisa melawat tunangnya, Muhammad Zarith Hafizi dirawat di Hospital Teluk Intan, Perak akibat cedera diserang buaya dalam kejadian di Pasir Salak, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Lelaki yang cedera parah akibat diserang buaya ketika menjala di sungai di sini Sabtu lalu tetap akan meneruskan majlis perkahwinan yang sudah dirancang pada 28 Disember ini.

Muhammad Zarith Hafizi, 28, berkata, majlis perkahwinan dengan gadis pilihannya, Mashanani Hasan Nurkaisa, 28, tetap dite­ruskan kerana semua persiapan telah diatur termasuk tetamu undangan dan tempahan katering.

Menurutnya, walaupun mengalami kecederaan parah luka pada paha kiri akibat digigit buaya, majlis perkahwinan yang sudah rancangan tetap akan diteruskan.

“Kami sudah tetapkan pernikahan pada 26 Disember dan majlis kenduri perkahwinan pada 28 Disember ini.

“Kalau ikutkan kecedera­an yang saya alami, saya tak mung­kin tidak sempat sembuh sepenuhnya menjelang majlis perkahwinan saya namun kami kedua-dua belah pihak tetap meneruskan kenduri perkahwinan 28 Disember ini.

“Semuanya sudah diatur, teta­mu sudah dijemput begitu juga tempahan katering semuanya sudah ditempah. Walaupun saya cedera, majlis kenduri perkahwinan yang sudah diatur tetap akan diteruskan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, Mashanani Hasan bersyukur kerana tunangnya terselamat dalam kejadian diserang buaya.

Menurutnya, tunangnya itu kini serik untuk menjala ikan atau di sungai berdekatan kampung mereka ekoran kejadian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×