PASIR SALAK: Lelaki yang cedera parah akibat diserang buaya ketika menjala di sungai di sini Sabtu lalu tetap akan meneruskan majlis perkahwinan yang sudah dirancang pada 28 Disember ini. Muhammad Zarith Hafizi, 28, berkata, majlis perkahwinan dengan gadis pilihannya, Mashanani Hasan Nurkaisa, 28, tetap diteruskan kerana semua persiapan telah diatur termasuk tetamu undangan dan tempahan katering. Menurutnya, walaupun mengalami kecederaan parah luka pada paha kiri akibat digigit buaya, majlis perkahwinan…










