PETALING JAYA: Keputusan AirAsia membenarkan kru kabin wanita memakai hijab ketika bertugas di semua laluan penerbangan bermula tahun hadapan disifatkan sebagai langkah progresif dan amat dialu-alukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar, langkah itu menunjukkan komitmen syarikat terhadap prinsip kepelbagaian, keterangkuman dan penghormatan kepada tuntutan agama dalam kalangan pekerja Muslimah AirAsia. “Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada syarikat penerbangan terkemuka, AirAsia…










