KUALA LUMPUR: Daging ayam belanda dari Russia kini berada di pasaran tempatan setelah melepasi proses audit dan pemeriksaan ketat termasuk pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerjasama perdagangan Malaysia-Russia yang diterajui oleh 3Bumi Trading Sdn. Bhd. itu merupakan sebahagian usaha memperkukuh keterjaminan makanan dan memperkasa ekosistem halal negara. Katanya, inisiatif berkenaan merupakan hasil usaha berterusan kerajaan bersama pihak…










