‘Coach cerai’ ibarat Mat Jenin nasihat Pak Pandir

‘Coach cerai’ ibarat Mat Jenin nasihat Pak Pandir

MUSA AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Individu yang mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang tidak berkelayakan hanya melakukan perkara sia-sia.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, mereka yang dirujuk sebagai ‘coach cerai’ itu tiada disiplin profesional dan tiada kuasa undang-undang untuk memberi nasihat guaman.

Katanya, mengambil na­si­hat mereka seolah-olah Pak Pandir mendapatkan nasihat Mat Jenin yang mana kedua-duanya terjun ke dalam sungai bersama labu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika peguam syarie, mereka terikat dengan etika kepeguaman yang wajib menjaga rahsia anak guam. Tidak boleh membongkar rahsia anak guam kepada orang lain.

“Coach cerai ini, adakah mereka terikat dengan etika? Tidak. Peguam syarie juga setiap tahun ada latihan dan kursus profesional tidak seperti coach, peguam yang entah datang dari mana,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Musa berkata, penting untuk orang awam mengesahkan sama ada seseorang individu itu benar-benar seorang yang layak dan diberi kuasa undang-undang untuk beramal, supaya tidak tertipu.

Katanya, melalui Seksyen 35 Akta Profesion Guaman Syarie 2019, kemunculan individu yang menyamar sebagai seorang peguam syarie atau ejen bagi mana-mana pihak kepada prosiding atau atas apa-apa kapasiti, memulakan, menjalankan, memujuk rayu atau membela apa-apa tindakan, guaman atau prosiding lain atas nama mana-mana orang lain dalam mana-mana mahkamah syariah boleh didakwa.

“Pasangan yang menerima arahan dari coach cerai ini boleh didakwa sebagai orang yang bersubahat dan juga boleh dipanggil ke mahkamah sebagai saksi.

“Jika penyamar didakwa, mereka juga akan terpaksa turun naik mahkamah, menjadi saksı sama seperti tertuduh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×