PETALING JAYA: Individu yang mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang tidak berkelayakan hanya melakukan perkara sia-sia. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, mereka yang dirujuk sebagai ‘coach cerai’ itu tiada disiplin profesional dan tiada kuasa undang-undang untuk memberi nasihat guaman. Katanya, mengambil nasihat mereka seolah-olah Pak Pandir mendapatkan nasihat Mat Jenin yang mana kedua-duanya terjun ke dalam sungai bersama labu. “Jika peguam syarie, mereka terikat dengan etika…










