PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) perlu lebih berani menyampaikan mesej kesihatan yang menekankan penolakan terhadap budaya songsang homoseksual, berbanding memperkenalkan penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) bagi mencegah penularan HIV dalam kalangan pasangan berisiko tinggi. Pakar Fisiologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr. Rafidah Hanim Mokhtar berkata, pendidikan mengenai bahaya HIV perlu disampaikan secara jujur, ikhlas dan telus tanpa berselindung semata-mata untuk menjaga sensitiviti pihak…









