Cedera ketika selamatkan mangsa terperangkap dalam kebakaran

Cedera ketika selamatkan mangsa terperangkap dalam kebakaran

DUA anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Permatang Tok Gelam, Kepala Batas, Pulau Pinang pagi tadi.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS : Seorang lelaki cedera ketika cuba menyelamatkan dua mangsa yang terperangkap dalam satu kebakaran di Kampung Permatang Tok Gelam di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.42 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, sebaik sahaja tiba di sana, didapati kebakaran tersebut melibatkan satu unit rumah kelas C dengan peratusan kebakaran ketika itu telah mencecah 80 peratus.

“Menurut laporan awal dari orang awam, lelaki terbabit cedera pada bahagian tangan semasa membantu untuk membuka pintu rumah tersebut, namun, telah diberikan rawatan awal dan diserah kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Sementara itu, kedua-dua mangsa yang terperangkap pula telah berjaya dikeluarkan sebelum bomba tiba di lokasi tanpa sebarang kecederaan,” katanya yang memberitahu, operasi memadam api masih berjalan ketika ini dan maklumat berkaitan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Difahamkan, punca sebenar kejadian dan identiti kesemua mangsa yang terlibat masih belum dikenal pasti buat masa ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN