Bursa Malaysia dibuka positif

Bursa Malaysia dibuka positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 3.96 mata kepada 1,628.53 pada pukul 9.17 pagi hari ini, berbanding 1,624.57 penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,627.07.

Jumlah dagangan sebanyak RM49.41 juta unit bernilai RM30.51 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 134 berbanding 74 dengan 223 kaunter tidak berubah dan 2,257 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 1.29 peratus kepada 3,970.85 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks Nikkei Jepun naik 149.83 mata atau 0.30 peratus kepada 49,453.11 dan indeks STI Singapura naik 0.05 peratus kepada 4,526.22-UTUSAN

//habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN