Bunuh, simpan mayat isteri dalam bilik empat hari

Bunuh, simpan mayat isteri dalam bilik empat hari

ANGGOTA polis membawa turun mayat seorang wanita dipercayai mati akibat dibunuh oleh suaminya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna, Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seorang suami bertindak kejam apabila didakwa membunuh isterinya dengan senjata tajam dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna, Seberang Jaya di sini.

Difahamkan, suspek yang berusia 28 tahun itu turut menyimpan mayat isterinya itu selama empat hari di sebuah bilik di rumah berkenaan.

Kejadian menyayat hati itu terbongkar selepas lelaki terbabit tampil menyerah diri di balai polis berhampiran, hari ini.

Difahamkan juga, mangsa yang berusia 44 tahun itu merupakan ibu kepada lima orang anak dan berkahwin dengan suspek kira-kira dua tahun yang lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bahawa, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN