KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menegur budaya yang mengagungkan pemberi rasuah di negara ini sehingga menghakis nilai membenci gejala itu. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, trend mengagungkan pemberi rasuah itu sangat membimbangkan kerana ia tidak akan mengangkat diri dan negara. “Dalam usaha memerangi rasuah sekarang, nilai itu terhakis. Kita kata kita benci rasuah, apabila ambil tindakan dan kalau kena pada kawan, kita marah. “Bukan setakat itu, kita sekarang ada pula trend…










