SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia dipercayai lemas ketika mandi di kolam renang sebuah rumah kelab di Lenggeng, di sini hari ini. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.15 tengah hari tadi ketika berlangsungnya majlis penyampaian hadiah sebuah tadika di dewan dalam rumah kelab itu. “Ibu mangsa menyedari anaknya hilang daripada penglihatan sebelum menemukan kanak-kanak itu tidak sedarkan diri di dalam…







