SARATOK: Seekor buaya katak sepanjang 15 kaki berjaya ditangkap dalam operasi bagi mengurangkan populasi reptilia itu di kawasan Kampung Kupang dan sepanjang Ulu Sungai Batang Krian. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata buaya jantan dianggarkan seberat 400 kilogram itu ditangkap setelah memakan salah satu daripada sembilan umpan yang dipasang di sepanjang Sungai Batang Krian. “Kira-kira pukul 4 petang semalam, penduduk rumah panjang memaklumkan salah satu umpan telah dimakan…










