KUALA KANGSAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengakui kekeliruan terhadap klausa dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 menjadi punca berlakunya salah faham berkaitan pemaparan hiasan perayaan termasuk Krismas di premis atau dapur hotel yang memiliki pensijilan halal. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, berdasarkan manual tersebut, tiada halangan untuk pemegang sijil halal mempamerkan dekorasi perayaan selagi tidak melibatkan sebarang unsur penyembahan atau ritual keagamaan. Malah katanya, pemaparan…










