PETALING JAYA: Gelaran ‘Dr.’ boleh digunakan oleh graduan perubatan daripada mana-mana program ijazah perubatan sebagai tanda kelayakan akademik mereka. Majlis Perubatan Malaysia (MPM) dalam kenyataan berkata, bagaimanapun penggunaan gelaran itu tidak memberi hak kepada seseorang untuk menjadi pengamal perubatan di Malaysia. “Kebenaran untuk mengamalkan perubatan adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Akta Perubatan 1971 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. “Bagi graduan perubatan yang memperoleh kelayakan daripada program perubatan yang tidak…









