Bintang filem It Chapter Two meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bintang filem It Chapter Two meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bintang filem It Chapter Two, James Ransone meninggal dunia pada usia 46 tahun.

Menurut TMZ, pegawai forensik mengesahkan bunuh diri sebagai punca kematian.

Terdahulu, Polis Los Angeles memaklumkan pelakon tersebut ditemukan tidak bernyawa pada 19 Disember lalu.

Mendiang meninggalkan balu, Jamie Mcphee dan dua cahaya mata.

Ransone sebelum ini pernah berkongsi pengalaman berdepan gangguan seksual semasa kanak-kanak.

Mendiang mengakui trauma yang ditanggung itu membawa kepada masalah ketagihan alkohol dan penyalahgunaan dadah .

Ransone menyinar selepas melakonkan watak Ziggy Zobotka dalam drama The Wire.

Mendiang juga pernah membintangi drama CSI: Crime Scene Investigation, Hawaii Five-0 dan banyak lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN