Bimbang banjir termenung berulang

Bimbang banjir termenung berulang

ROZITA Shaari dan suami, Mat Rashid Muhammad Nawawi bersama anak mereka yang ditempatkan di PPS IPD Hilir Perak di Teluk Intan semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Mangsa banjir di daerah ini memilih untuk terus berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga keadaan benar-benar selamat berikutan bimbang berlakunya fenomena banjir termenung berulang kali semula.

Seorang mangsa, Rozita Shaari, 45, terpaksa berpindah ke dua PPS selepas rumahnya di Kampung Baru Batu 8, Jalan Changkat Jong dinaiki air beberapa kali. 

Katanya, pada awalnya, dia bersama suami ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Wah Keow, Langkap sebelum dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis (IPD) Hilir Perak apabila air kembali meningkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami masih belum dibenarkan pulang kerana keadaan rumah masih dinaiki air bertakung walaupun hujan telah berhenti. 

“Situasi berkenaan menyebabkan kerja pembersihan menjadi lebih sukar dan memenatkan, apatah lagi apabila air kembali naik selepas surut buat seketika,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Rozita berkata, banjir kali ini antara yang terburuk sejak kejadian besar pada tahun 2014.

Keadaan menjadi lebih mencabar kerana suami, Mat Rashid Muhammad Nawawi, 48, merupakan orang kurang upaya (OKU) yang kudung tangan kanan akibat kemalangan jalan raya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN