Perjalanan seorang guru dari Tawau, Erni Suliza Basri, menjadi inspirasi apabila beliau berjaya menggengam segulung Ijazah Sarjana dalam pengajian Sarjana Pengurusan Pendidikan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), meski pun berdepan pelbagai cabaran sebagai pelajar separuh masa. Erni Suliza yang lebih mesra dipanggil sebagai Teacher Erni oleh anak muridnya di Sekolah Kebangsaan St. Patrick Tawau berkongsi bagaimana beliau berulang-alik antara Tawau dan Kota Kinabalu hampir setiap minggu demi menghadiri kelas hujung minggu…










