TASEK GELUGOR : Bertanding dalam pilihan raya dan menjadi wakil rakyat bukan agenda utama bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad ketika ini. Dzulkifli berkata, beliau tidak akan menawarkan diri untuk berbuat demikian, namun, bersedia membuat pertimbangan sewajarnya andai itu adalah kehendak rakyat setempat. “Saya serahkan kepada rakyatlah untuk menilai perkara tersebut (bertanding dalam pilihan raya). Sebenarnya, kalau saya ini bermatlamatkan politik, maka, selepas pilihan…








