SEMENYIH: Belum ada sebarang perbincangan rasmi diadakan antara Perdana Menteri dan pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan berhubung cadangan atau kemungkinan rombakan Kabinet, setakat ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebarang perkara berhubung pengisian jawatan perlu diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Soalan itu (mengenai rombakan Kabinet) sepatutnya ditujukan kepada Perdana Menteri,” katanya ringkas ketika ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia…










