Bekerja di bank tidak amalkan sistem syariah
SOALAN
Saya mendapat tawaran kerja di sebuah bank yang tidak mengamalkan syariah. Apakah saya perlu menerima tawaran itu atau mencari bank lain? Apa kedudukan atau status gaji saya jika bekerja di situ?
Jamal
Ipoh
JAWAPAN
Sebagai seorang Muslim wajib memilih tempat-tempat yang mengamalkan syariah agar tidak terjebak dalam perkara-perkara yang terlarang. Dinasihatkan, cuba dahulu mencari tempat yang patuh syariah.
Jangan benci ayah, dia akan menjadi wali
SOALAN
Ibu bapa saya sudah bercerai. Ayah saya tidak bertanggungjawab sering mengabaikan keluarga menyebabkan saya ada perasaan tidak suka dan membencinya. Saya dalam dilema sebab dia akan menjadi wali saya nanti. Bolehkah saya ada perasaan sebegitu kepada bapa saya?
Julia
Rawang
JAWAPAN
Perasaan tersebut tidak mengubah apa-apa. Cubalah maafkan ayah dan berdamai dengannya. Percayalah bahawa ayah anda akan menjadi wali anda kelak.
Risau najis tidak hilang walaupun telah dicuci
SOALAN
Bagaimana kita hendak pastikan pakaian atau badan kita benar-benar bersih daripada najis selepas membasuhnya?
Syed Ali
Alor Setar
JAWAPAN
Cukup sekadar membasuh dan melihat pada pandangan zahir, bahawa ia sudah bersih. Jangan terlalu waswas kerana ia boleh mengganggu dan menyukarkan anda.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]










