PETALING JAYA: Keadaan banjir yang melanda negara dilihat semakin pulih apabila mencatatkan penurunan dengan hanya empat negeri dilaporkan terjejas, setakat 6 petang semalam. Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat negeri itu termasuk Pahang dengan 6,715 mangsa, Terengganu dengan 552 mangsa, Selangor pula mencatatkan 47 mangsa manakala Sarawak dengan 18 mangsa. Setakat ini, seramai 7,332 mangsa melibatkan 2,461 keluarga masih memerlukan penempatan di 73 buah Pusat Pemindahan Sementara…








