ARAU: Pesawah di Kampung Seri Gelam, di sini terpaksa menanggung kerugian besar selepas tanaman padi diusahakan mereka musnah susulan banjir yang menenggelamkan keseluruhan tanaman mereka. Ekoran itu, ada dalam kalangan pesawah terpaksa memilih tidak meneruskan tanaman dan berehat untuk musim ini susulan bencana tersebut. Seorang petani, Shahidan Bahrom, 63, berkata, dia menanggung kerugian besar apabila tanaman padi yang diusahakan di tanah seluas kira-kira 24.174 hektar itu musnah ditenggelami banjir pada…










