KUANTAN: Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) mengesahkan isu tular seorang pelajar di Kampung Kuala Kechau, Lipis, dekat sini yang terpaksa berenang meredah air banjir bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. JPNP dalam kenyataannya memaklumkan, siasatan mendapati laluan keluar dari rumah pelajar tersebut dinaiki air dengan cepat menyebabkan mangsa terpaksa meredah air sebelum sempat dibawa ke asrama sekolah pada hari Sabtu, 29 November lalu. “Pelajar tersebut sekarang ditempatkan di asrama…










